Tazkirah : YA ALLAH BANTULAH KAMI BERIBADAT KEPADAMU
Ramadan adalah bulan yang penuh dengan janji-janji baik Allah, bulan rahmat, bulan
keampunan, bulan digandakan amal ibadat hingga 1,000 kali ganda dan bulan yang penuh
berkat. Namun begitu, tidak semua orang berjaya memimpin dirinya untuk menyahut seruan
beribadat kepada Allah. Marilah kita teruskan amalan di bulan Ramadhan hingga ke bulan-bulan yang lain.
Ingatlah, bahawa manusia adalah milik Allah. Beriman adalah hidayah daripada Allah. Dapat
melakukan amal ibadat adalah inayah (pertolongan) daripada Allah. Jika Allah bukakan pintu
hati seseorang, akan mudahlah baginya melakukan kebaikan dan beramal ibadat. Oleh itu,
berdoalah kepada Allah agar dipermudahkan kita untuk beribadat kepada-Nya.
Nabi s.a.w. pernah mengajar seorang sahabatnya supaya berdoa kepada Allah memohon
kekuatan untuk beribadat. Inilah doa yang diajarkan oleh baginda: “Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan memperelok amal
ibadat kepada-Mu.”
Ingatlah, bahawa Allah yang memberikan keinginan kepada kita untuk melakukan sesuatu
kebaikan. Orang yang diberikan taufik dan hidayah akan mudah untuk melakukan amal ibadat.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama